Saturday 24 September 2016

Life Update

Assalamualaikum

hai setelah sekian lama tinggal blog rasa nak rindu pulak nak tulis. . .   update pasal life bieha dekat sini alhmdulillah almost sebulan dah bieha di UPSI although rasa mcm dah lamaaaaaaaaaa jaaaaa duduk sini
 (sad, i wanna go home) tapi alhmdulillah semua berjalan dengan lancar, i got new friends here , and luckily they can match with me , dekat sini housemate bieha semua comel2 belaka, hahaha termasuk bieha laa kann, lol wekk okayy gurau, housemate bieha jaa comel , bieha tak...
dekat sini every places yang i nak pergi  kena jalan kaki ,first masuk sini penat sikit, tapi bila dah biasa hee semua okay. . . 
about my guy, alhmdulillah amir in a good condition , cuma itu laa bieha teramat sangat rindu dia . . .
and last few hours he called me  told me he was a captain of SUKSIS, congratulations sayang , im so glad of you, do well and do success.. . i love you . . . 

so here nak kongsi sikit doa rabitah, doa yang bieha belajar  dari Latihan Pembangunan Sahsiah Diri. . .


Doa Rabitah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ.

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ.

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.

Terjemahan: 

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."


until we meet again . .  
sekian.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa di entri ini, Senyum selalu:)

Copyright@segala yang terkisah tiada niat ingin myakitkan hati ssiapa,hanya jalan cerita bieha zolta keyh